ekceli aku da tulis benda ni
so aku rasa mcm nak post. dan inilah dia.
Aku dah google.
DAN ,aku rasa macam nak semua orang tau pasal introvert-extrovert thingy nih.
Sebab aku rasa macam rakyat malaysia ni ramai yang tak amik tahu pasal benda-benda psychology yang mcm ni. berapa kali nak rasa la oiiii?
Kalau bab lahir bulan/hari sekian sekian perangai sekian sekian or
favourite colour sekian sekian perangai sekian sekian mau pulak depa nak amik tau. *terasa
Ada tak antara kawan anda yang agak pendiam? Dia takkan tegur kau kalau kau tak tegur dia dulu.
Ada tak yang lebih suka spend masa di rumah dari keluar merenderk dengan member-member ramai-ramai?
Ada yang sanggup dengar kau meroyan sampai berjam-jam sebab putus cinta namun masih memberi respond yang baik.
Ada yang jarang bercakap, tapi sekali dia bukak mulut, ayat power rangers tahap kaw kaw yang kau terima dari dia.
Ada pulak yang suka bercakap, kalau ditulis dan dikumpul semua ayat yang dia cakap tu dalam kertas lukisan mungkin boleh jadi tebal sekaki dalam sehari.
okey, sebenarnya ada antara mereka yang pemalu, introvert atau mungkin extrovert.
Mula-mula, aku nak clearkan dulu pasal konsepnya.
Introvert dan pemalu adalah dua benda yang berbeza dan mereka tidak sama. aku guna 'mereka' untuk adjektif?what da??
Cik Kemboja boleh jadi introvert tapi tidak pemalu. haih! bukan tak malu yang p buat gegeh kat orang tuu..
Kak Minah pulak mungkin hanya pemalu. Dengan ahli mesyuarat tingkapnya, dia boleh jadi ekstrovert pulak.
Cik Milah mungkin introvert dan pemalu. Dengan bestfrend n family dia ja yang dia selalu bercakap.
Cik Joyah mungkin extrovert tapi pemalu. ya la, dengan abang Mail haruslah bermalu-malu kucing kann... baru ler manja gittuw.. *muntah hijau.
Pemalu
lebih kepada sikap banyak berdiam diri di awal perkenalan, bila berada di tempat dan suasana baru. Bila dah kenal dengan seseorang tu dengan lebih rapat, dan dia dah rasa selesa, selalunya dia dah tak kekok lagi nak bergaul dengan orang tu.
Introverts
pulak lebih suka spend masa sorang-sorang. walaupun bunyi macam boring, they enjoyed it much. Takyah nak panggil diorang ni forever alone sangat lah na. They feel energized by being alone or being in a small group of friends. Mereka cepat berasa lesu bila buat any outdoor activity walaupun activity tu sangat best. Kualiti lebih penting berbanding kuantiti dalam friendship, tu pendapat diorang. They think before thay act or talk. Selalunya diorang macam nampak tenang ja. Spesies muka cool ja manjang. Lagi satu, most introverts are good listeners yaaa.
note : Pemalu dan introverts selalu dianggap sebagai sama padahal dua benda ni tak sama pun sebenarnya! seroiusly, tak, sama. aku da pernah tulis di sini. tapi its okey, info nak ulang2 takpa.heheh..
Extroverts
pulak, macam namanya lah, kontra kepada introvert. They love to get to know new people. Mereka boring bila duduk sorang-sorang. Most extroverts thinks best when they're talking. Some of them thinks after they act or talk. Memandangkan mereka agak pandai berborak dan menghidupkan suasana, mereka kelihatan lebih pakar dalam bersosial.
Macam ni lah, introvert tu macam bateri lithium handphone kita laa, bila dia dah penat dan boring dengan crowd dan open air, dia perlu rehat kejap secara bersendirian atau mengushar pemandangan semulajadi untuk recharge tenaga dia. Extrovert pulak macam panel tenaga solar, bila dengan crowd, dia rasa energized dan selesa untuk bersosial. Bila dia sorang-sorang, energy dia turun lalu dia rasa boring.
Introverts bukannya tak normal, diorang normal ja. Cuma cara otak golongan introverts ni berfungsi lain dari extroverts. Jadi tak payah lah nak layan diorang macam makhluk asing dari galaksi Andromeda . Awat? depa takda hidung kaaa...?
Okey, ni antara misconceptions atau salah tanggapan terhadap golongan introverts yang aku rasa harus dinyahkan. Seriously, these are anoyying ahh...
- Party poopers. hemoih betoi la ayat dia kan.
Disebabkan diorang susah nak bercakap hal remeh-temeh macam "hey, tudung baru kerr?", sesenang ja orang nak cakap mereka ni selalu spoil gatherings la, apa semua. ye la, macam selalu ja dok jadi tunggul kat situ kann.. Eh, dari nak mengumpat Cik kiah tu baik kau diam lah Senah.. - Tak mesra 'alam'
Alam sosial yang aku maksudkan. Mungkin diorang macam susah nak mulakan perbualan. Tapi kalau nak cakap pasal alam sekitar, introverts ni no hal ja. - Skema/Nerds
Kenapa dengan skema? Ada masalah ka? smart ja aku tengok. They are peacelovers okay. oh tetiba. - Kurang social skill
Hello~ bukannya introverts ni tak reti bersosial, diorang cuma rasa awkward nak memulakan ja. Most introvert child dah boleh handle benda ni bila dia dah dewasa. Salah satu cara adalah dengan bersosial, and tell me please, macam mana nak develop skills kalau tak kasi diorang chance tu? - Takkan bercakap
Ni kalau kau ushar dari jauh lah. Ko memang, dasar jenis suka buat impression bukan-bukan kann... Cuba tetiba kau pegi buat ramah dengan dia. Takkan la dia nak buat derk jugak kot...
Lagi satu, diorang lebih suka bercakap pasal benda yang diorang kisah, pasal benda yang diorang minat. Pasal apa? Tu pandai-pandai kau la nak korek. Apa kata, mula dengan muzik . Kan itu bahasa dunia. cewahh.. - Tak suka orang lain
Kau boleh baca hati dia eh? Ke kau buat telepati? Ke kau main agak je? Ada penah dia bagitau kat kau ke dia tak suka kat kau? Jangan main agak ja impression orang kat kau. Introverts mostly will try to hide their feelings as much as possible... Thats why la diorang nampak cool ja sokmo... - Kera sumbang/ Umang-umang
Sebab diorang suka lepak sorang-sorang, kau kata dia kera sumbang. kalau dia kera, kau pun kera lah. Kan korang sama spesies jugak = homo sapien. - Pemalu
Kadang-kadang memang susah nak bezakan sama ada seseorang tu pemalu atau introvert kalau kita tak kenal dia betul-betul. Get to know them first, then you'll know.
- Mampu bekerja dengan baik bersama orang lain.
Introvert ni tak banyak songeh. Senang nak cooperate. Selagi dia mahu buat sesuatu benda tu, dia akan buat dengan jayanya. Kalau kerja tu benda yang dia minat, hasilnya akan jadi lagi hebat! - Maintain long term friendships
They appreciates every single friend they have. Jangan terkejut kalau dia boleh namakan classmates dia masa darjah satu dulu sorang demi sorang. but still, they are cool species. They rarely express their feelings though. - Flexible
Again, diorang nih tak banyak songeh. They can cope with changes in circumstances and think about problems and tasks in creative ways. - Independent
Diorang takkan terpengaruh atau dipengaruh oleh orang lain dalam hal-hal melibatkan pendapat. mereka lebih senang bergerak sendirian atau dalam kumpulan kecil. Mereka berdiri di atas kaki sendiri. - Mampu fokus dengan baik.
Jangan heran sangat laa kalau manusia ni boleh buat satu-satu benda tu 4 jam straight non-stop. Lagi, bila diorang jadi macam fokus sangat-sangat, kau jerit panggil nama dia 3-4 kali pun belum tentu dia dengar. Dak, dia tak pekak, dia cuma terlampau fokus. - Self reflective
Diorang tend untuk muhasabah diri jugak dan kadang-kadang pikir pasal apa yang diorang nak dan tujuan diorang hidup sekarang. Plus, selepas sesuatu situasi, they tends to think about what they've done. - Responsible
Most of the times, you can count on them.seriously. For them, commitment must be accomplished.
peratusan introvert dan extrovert dalam diri masing-masing bagi setiap orang tak semestinya sama. Ada yang 60% introvert, 40% extrovert dalam diri dia.. ada yang sama rata. Ada yang terlampau introvert, ada yang extrovert melampau. Macam-macam la kan..
jadi, sila treat para introverts macam biasa okey.
kalau rasa macam anda tu introvert, sila lah try untuk jadi lebih ekstrovert.
i mean we should try to improve ourselves rite?
hang pun tak suka kan, kalau orang layan hang macam hang tu spesies alien?
"There is nothing wrong with being an introvert. It does not need to be cured. It simply needs to be understood and accepted. "
They might be a little bit different, but that's the beauty of world!
Kalau semua orang sama ja sama boring lah dunia ni kan.
ada fakta salah? sila betulkan saya okeh.
nak lebih info? sila google dan lepak library. haha.
p.s: font helvetica pun not bad jugak kan? hohohohh
p.p.s: nahaiii.. gila panjang.
1 tukang komen.:
Lepas baca entry ni, the definitions of 'pemalu' and 'introvert', guess aku ni byk kpd pemalu. But maybe sometimes can be an introvert, spend time alone, even kwn rapat ada je hehe
Post a Comment