tiba-tiba kannn..bila nak dekat exam kan,semua benda selain dari study adalah best kan? kan?kan?ish, apa banyak sangat 'kan' ni? macam manja pelik ja. geli lah.
Makan adalah perbuatan yang best, yang ni biasalah, tabiat. Lately ni, aku rasa macam aku dok keja makan ja manjang. Makan asam plum kering yang Ana [merangkap jiran searas serta member kamceng aku di sini] bagi lepas dia g cameron highland ber-kem PALAPES hari tuhh... please Ana, takyah la ikut PALAPES pindah g Kolej KTHO tuhh..pleashhh *kelip2 mata., dengan choki-choki lagi, biskut chipsmore lagi, pastuh lunch nasik goreng paprik yang aku asyik dok beli semenjak 2-3 minggu nih ni, serius paprik adalah best bila bersama nasi! , jus oren marigold peel fresh yang 1-Litre tuh aku gigih p beli,
Anyhow, sekarang ni bukan waktu untuk diet. Aku mai nak belajaq, bukan mai nak jadi model kuruih kering tu. so kalau aku ada complain pasal aku makin membesar tuh, normal bagi seorang perempuan. biasalah, kadang-kadang aku tamak, tak reti bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi. Masa tu sila mai la sound aku, bagi sentap banyak sikit pun takpa, baru aku sedar diri kan?
Lagi, baca blog orang pun boleh jadi best, dengan randomly aku baca post-post orang di blog mereka, ok la, ada jugak benda informatif yang masuk dalam badan aku selain makanan kann.. ahaha.. ayat nak bagi sedap hati konon.
Lagi aneh, bila aktiviti membasuh baju, lipat baju, dan kemas almari adalah sangat menarik. Dengan cadar-selimut pun aku basuh. Sangat la tak tepat waktunya di sini. Adui.
Study tu ada jugak, tapi macam sikit ja rasa. Otak aku jadi bengong sikit lately. baru nak recover dari demam haritu kot.
ah, tak kira apa dugaan sekalipun , Yana, lepas ni hang KENA study!
aku rasa nostalgia sikit di perenggan ini dan perenggan seterusnya.
Mana pi semangat suka nak baca buku aku masa aku kecik-kecik-minum-susu-nespray dulu???? Yang aku meroyan [read: menangis] sampai tahap memaksa ayah aku g beli buku cerita kat bookstore di Jitra untuk aku baca sebab aku dah tak sanggup nak ulang cerita Sinbad si kelasi yang bertemu Pulau yang sebenarnya adalah ikan paus giga punya besarrr tersebut. Ada logik ka? siap ada pulau lagi kat badan ikan paus tuh? ok aku terlebih cerita. What? Nak baca buku lain? memang tak lah kalau aku nak mengadap buku Little red riding hood versi melayu tuh, lagi boring ada lah. Ada part yang dah hancur kowt sebab kena serang dengan adik aku. haha. Lagi, kat buku tuh ada tunjuk cover book tajuk yang lain lain bagi siri Sinbad ni, tu yang aku lagi eager nak membaca tuhh, nak tau apa jadi kat Sinbad tuh lepas dia lemas dalam laut. ehehehhh...
Aku nak buat paragraphing pulok ye. oke sambung. Apakan daya, ayah aku takmau pi jugak dengan alasannya hari tu kedai tak bukak, aku tak percaya dengan helah ayah aku tuh, aku nak jugak pi beli, siap tarik-tarik tangan ayah aku lagi..of course, sambil menangis berhingusan tersedu-sedan lah . Akhirnya ayah aku fedup lalu drive aku dengan gigihnya ke kedai tu semata-mata nak tunjuk kat aku yang kedai tu tutup pada tarikh tersebut. "Ha, tengok tu, tutuuuup!" Tak pasal-pasal ja aku kena marah. Then aku diam ja. Haha, kedai tutup la derrr, nak buek camno??? last-last aku tak dapat pun bukunya, beli buku lain pulok..
dulu, masa kanak-kanak, aku seronok nak membaca, kalau boleh segala perkataan yang aku jumpa aku nak baca , tapi sekarang, keseronokan tu dah lain, bergantung pulak kepada jenis benda yang dibaca. tak ke aneh tu?
ok, akhir sesi nostalgia.
By the way, mana hang p haaa 'semangat-baca-buku' wei? manaaaaaaaaaa???? aku nak pi cari hang balik niiiiiiii...
p.s: aku makan megi weh!!! megiiiiiii!!! wooooot!!! ok, exited sikit, lama dah tak makan mi segera. ehemmm... aku nak habaq yang aku pun mampu makan megi. tu ja. haha
p.p.s: aku google balik cerita sinbad tu, memang ada beb! the first voyage of sinbad the sailor. wohoooo..
0 tukang komen.:
Post a Comment