kau buta buta menghafal buku macam nak rak.
lepas tu muntahkan semua yang kau hafal dari buku tersebut masuk dalam kertas exam dalam dewan exam.
lepas habis exam kau lupakan semua benda tu.
sebab kau study untuk exam.
Bila start semester baru,
benda lain pulak kau hafal.
akhirnya, lepas graduasi, agak-agak apa kau dapat?
pfffft.
aku rasa proses pembelajaran dah serupa mengajar orang jadi mesin photostat sekarang ni.
lepas tu bila lecturer twist soalan sikit, masing-masing dah gelabah.
Ada beza yang besar antara mengingat dan menghafal. Hadam konsep ni.
one more, cramming. Its whether you understand better of what you have crammed, or you simply end up memorizing them.
simple right?
Kau study last minit, tapi kau faham.
Kau rasa awesome.
Kau berhak rasa awesome.
Ya, kau memang hebat.
Apapun. sila perbetul niat anda sebelum pegang buku.
" Niat adalah teras segala amalan." ayat ni, aku tak ingat aku dapat kat mana.
aku suka dengan ayat Rozita comey. [coursemate aku yang bagi aku, adalah rajin] maaf aku ambik tak bagitahu.hehe
"yang paling penting usaha.-just tengok sejauh mana kita berusaha..tp jangan lupa,walau banyak mana pun kita berusaha, kalo Allah x izinkan,still kita x dpat.
so insyaallah, kalo dh berusaha, tp Allah tak izinkan kita berjaya, maknanya xdk ruang tuk kita salahkan diri kita sendiri.."
bak kata kak Dayah masa bulatan bergembira ulalalacacaca semalam.
"Tau tak, kejayaan dengan usaha tak berkait pun." ni, memang buat aku rasa macam kena pelempang.
"Allah nak tengok kita bongkak ke tak kalau kita dapat kejayaan tu. Kalau kita akan bongkak, mungkin Allah tahan dulu, sebab tu kita tak dapat kejayaan yang kita nak tu. Sebab tu kadang-kadang kita rasa dah usaha sungguh-sungguh, tapi hasilnya tak seperti yang kita nak. InsyaAllah, Kalau Allah nak bagi, Dia bagi, kalau dia rasa taknak bagi, dia tak bagi. Mintak doa kat Dia. Tapi jangan sampai tak usaha langsung pulak. " lebih kurang macam ni la maksud dia.
pernah tak jadi bila kau rasa macam hampeh je jawab exam, tapi last-last, markah yang kau dapat boleh tahan lah hensemnya. Lepas tu kau buat apa?
lagi, agak-agak sebab apa ya kalau Allah tak bagi kat kita apa yang kita nak?
haaa, tu buleh dah tuu, nak buat stok muhasabah diri sebelum tidoq malam ni. ahaaa
Apahal? kau ada terasa eh? jangan risau, aku pun. Jom sama-sama makan pedas, baru terasa hot kan. ahaaa
1 tukang komen.:
terasa...;(
Post a Comment