"I know I have a fickle heart
and a bitterness
and a wandering eye
and a heaviness
in my head"
-Adele



p.s: sekarang mood nak update post berkualiti dan blogwalking aku sangat negative. Maap.

31 December 2011

Kau mengingat ke kau menghafal? | Are you studying or cramming?


kau buta buta menghafal buku macam nak rak.
lepas tu muntahkan semua yang kau hafal dari buku tersebut masuk dalam kertas exam dalam dewan exam.
lepas habis exam kau lupakan semua benda tu.
sebab kau study untuk exam.
nak pointer lazat-lazat.
bukannya nak tambah ilmu.

Bila start semester baru,
benda lain pulak kau hafal.
akhirnya, lepas graduasi, agak-agak apa kau dapat?

pfffft.

aku rasa proses pembelajaran dah serupa mengajar orang jadi mesin photostat sekarang ni.
lepas tu bila lecturer twist soalan sikit, masing-masing dah gelabah. Kalau bagi pepsi twist takpa la jugak kan.


Ada beza yang besar antara mengingat dan menghafal. Hadam konsep ni.


one more, cramming. Its whether you understand better of what you have crammed, or you simply end up memorizing them.
simple right? ahaa.. forcing ur brain to work in whatever possible way available.


Kau study last minit, tapi kau faham.
Kau rasa awesome.
Kau berhak rasa awesome.
Ya, kau memang hebat.


Apapun. sila perbetul niat anda sebelum pegang buku.

" Niat adalah teras segala amalan." ayat ni, aku tak ingat aku dapat kat mana.


aku suka dengan ayat Rozita comey. [coursemate aku yang bagi aku, adalah rajin] maaf aku ambik tak bagitahu.hehe

"yang paling penting usaha.-just tengok sejauh mana kita berusaha..tp jangan lupa,walau banyak mana pun kita berusaha, kalo Allah x izinkan,still kita x dpat.
so insyaallah, kalo dh berusaha, tp Allah tak izinkan kita berjaya, maknanya xdk ruang tuk kita salahkan diri kita sendiri.."

bak kata kak Dayah masa bulatan bergembira ulalalacacaca semalam.


"Tau tak, kejayaan dengan usaha tak berkait pun." ni, memang buat aku rasa macam kena pelempang.

"Allah nak tengok kita bongkak ke tak kalau kita dapat kejayaan tu. Kalau kita akan bongkak, mungkin Allah tahan dulu, sebab tu kita tak dapat kejayaan yang kita nak tu. Sebab tu kadang-kadang kita rasa dah usaha sungguh-sungguh, tapi hasilnya tak seperti yang kita nak. InsyaAllah, Kalau Allah nak bagi, Dia bagi, kalau dia rasa taknak bagi, dia tak bagi. Mintak doa kat Dia. Tapi jangan sampai tak usaha langsung pulak. " lebih kurang macam ni la maksud dia.


pernah tak jadi bila kau rasa macam hampeh je jawab exam, tapi last-last, markah yang kau dapat boleh tahan lah hensemnya. Lepas tu kau buat  apa?

lagi, agak-agak sebab apa ya kalau Allah tak bagi kat kita apa yang kita nak?

haaa, tu buleh dah tuu, nak buat stok muhasabah diri sebelum tidoq malam ni. ahaaa




Apahal? kau ada terasa eh? jangan risau, aku pun. Jom sama-sama makan pedas, baru terasa hot kan. ahaaa

28 December 2011

Brace yourself!

ahahaaa, merupakan dp facebuk aku sejak beberapa hari yg lalu.
konon nak ambik semangat laaa.. kononnn.. hueh.

ada la gak membantu kott, untuk teknik matematik 1 nanti.

27 December 2011

Geli dan pelik.

yop.


bila seorang lelaki yang macam perasan diri dia hot mengusha dan senyum [gua rasa dia senyum sindir] dengan gua yang terang-terang tak hot. Gua ni suam pun takda rasanya. haha


gua dapat rasakan aura kutukan, cacian dan perlian di situ. mungkin kepada gua.hmm


tapi takpa.


gua cool. tak berbaloi kalau gua nak memikir pasal benda remeh macam ni. Buat rugi masa ja.


ok, untuk tidak membazir masa, gua nak mengadap Mr Raymond Chang, dia lagi hot. Sebab dia tulis buku Chemistry.



p.s: gua guna 'gua'. kasi gengster sikit. haha

26 December 2011

Dugaan | Biasalah, bila nak final.

yop.

tiba-tiba kannn..bila nak dekat exam kan,semua benda selain dari study adalah best kan? kan?kan?ish, apa banyak sangat 'kan' ni? macam manja pelik ja. geli lah.


              Makan adalah perbuatan yang best, yang ni biasalah, tabiat. Lately ni, aku rasa macam aku dok keja makan  ja manjang. Makan asam plum kering yang Ana [merangkap jiran searas serta member kamceng aku di sini] bagi lepas dia g cameron highland ber-kem PALAPES hari tuhh... please Ana, takyah la ikut PALAPES pindah g Kolej KTHO tuhh..pleashhh *kelip2 mata., dengan choki-choki lagi, biskut chipsmore lagi, pastuh lunch nasik goreng paprik yang aku asyik dok beli semenjak 2-3 minggu nih ni, serius paprik adalah best bila bersama nasi! , jus oren marigold peel fresh yang 1-Litre tuh aku gigih p beli, aku memang suka jus oren, awat? tak cukup gengster macam coke n pepsi? ada masalah kah?, then roti gardenia berkeping-keping aku taram makan saja dengan tak bubuh jem pun kot. nasib baik tak tercekik sebab mereka enak dimakan begitu saja , malam pulak, gatai p menghirup megi Maggi kari. Serius, aku pun taktau sebab apa aku tetiba bleh teringin makan megi time-time macam ni.

            Anyhow, sekarang ni bukan waktu untuk diet. Aku mai nak belajaq, bukan mai nak jadi model kuruih kering tu. so kalau aku ada complain pasal aku makin membesar tuh, normal bagi seorang perempuan. biasalah, kadang-kadang aku tamak, tak reti bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi. Masa tu sila mai la sound aku, bagi sentap banyak sikit pun takpa, baru aku sedar diri kan?

              Lagi, baca blog orang pun boleh jadi best, dengan randomly aku baca post-post orang di blog mereka, ok la, ada jugak benda informatif yang masuk dalam badan aku selain makanan kann.. ahaha.. ayat nak bagi sedap hati konon.

Lagi aneh, bila aktiviti membasuh baju, lipat baju, dan kemas almari adalah sangat menarik. Dengan cadar-selimut pun aku basuh. Sangat la tak tepat waktunya di sini. Adui.

Study tu ada jugak, tapi macam sikit ja rasa. Otak aku jadi bengong sikit lately. baru nak recover dari demam haritu kot.


ah, tak kira apa dugaan sekalipun , Yana, lepas ni hang KENA study! harus! WAJIB!


aku rasa nostalgia sikit di perenggan ini dan perenggan seterusnya.
              Mana pi semangat suka nak baca buku aku masa aku kecik-kecik-minum-susu-nespray dulu???? Yang aku meroyan [read: menangis] sampai tahap memaksa ayah aku g beli buku cerita kat bookstore di Jitra untuk aku baca sebab aku dah tak sanggup nak ulang cerita Sinbad si kelasi yang bertemu Pulau yang sebenarnya adalah ikan paus giga punya besarrr tersebut. Ada logik ka? siap ada pulau lagi kat badan ikan paus tuh? ok aku terlebih cerita. What? Nak baca buku lain? memang tak lah kalau aku nak mengadap buku Little red riding hood versi melayu tuh, lagi boring ada lah. Ada part yang dah hancur kowt sebab kena serang dengan adik aku. haha. Lagi, kat buku tuh ada tunjuk cover book tajuk yang lain lain bagi siri Sinbad ni, tu yang aku lagi eager nak membaca tuhh, nak tau apa jadi kat Sinbad tuh lepas dia lemas dalam laut.  ehehehhh...

            Aku nak buat paragraphing pulok ye. oke sambung. Apakan daya, ayah aku takmau pi jugak dengan alasannya hari tu kedai tak bukak, aku tak percaya dengan helah ayah aku tuh, aku nak jugak pi beli, siap tarik-tarik tangan ayah aku lagi..of course, sambil menangis berhingusan tersedu-sedan lah . Akhirnya ayah aku fedup lalu drive aku dengan gigihnya ke kedai tu semata-mata nak tunjuk kat aku yang kedai tu tutup pada tarikh tersebut. "Ha, tengok tu, tutuuuup!" Tak pasal-pasal ja aku kena marah. Then aku diam ja. Haha, kedai tutup la derrr, nak buek camno???   last-last aku tak dapat pun bukunya, beli buku lain pulok..


dulu, masa kanak-kanak, aku seronok nak membaca, kalau boleh segala perkataan yang aku jumpa aku nak baca , tapi sekarang, keseronokan tu dah lain, bergantung pulak kepada jenis benda yang dibaca. tak ke aneh tu?

ok, akhir sesi nostalgia.


By the way, mana hang p haaa 'semangat-baca-buku' wei? manaaaaaaaaaa???? aku nak pi cari hang balik niiiiiiii...






p.s:  aku makan megi weh!!! megiiiiiii!!! wooooot!!! ok, exited sikit, lama dah tak makan mi segera. ehemmm... aku nak habaq yang aku pun mampu makan megi. tu ja. haha


p.p.s: aku google balik cerita sinbad tu, memang ada beb! the first voyage of sinbad the sailor. wohoooo..

24 December 2011

Salah satu dari list cuak #3




aku. cuak.
kalau pada satu masa, bila tak semena-mena iman aku turun merudum. aku mati. dan aku tak sempat bertaubat.

moga dijauhkan. nauzubillah. 

23 December 2011

Do you know me?

yop.




 It's just the strangest thing
 I've seen your face somewhere 
An early evening dream 
A past life love affair 

Do you know me? At all 
Do you know me? At all 


In all my reverie 
I thought I felt us there 
A feather in my hand 
a flower in your hair 

Do you know me? At all 
Do you know me? At all 
Do you know me? At all 
Do you know me? At all 
Do you know me? At all 
Do you know me? At all

-John Mayer - Do You Know Me


tetiba lagu ni macam best pulok...
pi la dengaq lagu niiiii... pi laa pi laaa... piii laaaaaaaaaaahhh... hehehe...  tetiba jaa kannn..


sekarang ni kecoh pulak pasal lagu It Will Rain - Bruno Mars yang boleh memurtadkan seseorang melalui percakapan nihh.


phrase yang obvious tu antaranya:

There's no religion that could save me (tiada agama yang boleh selamatkan aku),
No matter how long my knees are on the floor (tak kira berapa lama melutut di lantai)


Ingat, murtad boleh berlaku melalui pertuturan juga. wana'uzubillah..

boleh ja kalau ketegaq jugak nak dengaq lagu ni, tapi cari yang instrumental laaa.
ye la, mungkin melodi dia best. 



aku taktau la kalau orang lain, tapi aku memang suka cari lirik lagu. then relate it with my life.
kalau lagu yang sedap tegha mana pun, lirik hampeh, hampeh la jugak lagu tu akhirnya. walaupun melodi dia best.
Dulu pun aku main dengaq ja lagu-lagu ni semua. tapi makin lama makin merapu ja industri music sekarang, banyak lirik yang dah sama taraf dengan habuk yang selalu dok lepak atas almari aku tuh. saborr je laaa...

20 December 2011

I hope i'll always see the light.

"All those days chasing down a daydream
All those years living in the blur
All that time never truly seeing
Things, the way they were..."
 Mandy Moore ft Zachary Levi - I See the Light (OST Tangled)



p.s: Jaga kesihatan anda. itu adalah antara nikmat yang paling berharga yang tidak kita sedari... oh tetibaaaaa..

18 December 2011

Rasa macam Zomba pulak.

yop.

tak style lah bila demam.

nampak lemah. nampak helpless.

tak cool. [nak cool tegha mana tu tatau laaa..]

budak hingusan. (selsema)

kerja makin kurang effektif.



para hadirin yang saya kasihi sekalian , saya ingin menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan,
silalah stay up sampai pukul 3 pagi selama seminggu straight, ditambah pula dengan tension berkilo kilo,
tak payah nak ganti or qada tidor tu selama tempoh tersebut dan anda akan menjadi ZOMBA! !

ya! zomba!  rasa numb menyelubungi diri. Buat la apa benda pun mesti rasa tak kena.
uhukuhuk.. dah la nak final nih...



lek lek. aku tak meroyan. normal lagi. cuma hilang pertimbangan ja tadi tuh. ehemm..







okeh, now da stabil sikit emosi ni.

eh, tetiba ada orang ketuk bilik.

beliau bagi aku poster quotes "Selamat Menghadapi Peperiksaan" lebih kurang camtuh la bunyi nya.


jugak disertakan di kertass tersebut, quotes yang macam kena dengan situasi aku sekarang.

"If Allah brings you to it,
He will bring you through it
In HAPPY moments, PRAISE Allah,
In  DIFFICULT moments, WORSHIP Allah
In PAINFUL moments, TRUST Allah
In every moment, THANK Allah"

terima kasih Nafisah. hehe =)


p.s: dalam sehari, berapa kali ja yang aku ingat DIA? dalam solat pun belum tentu khusyuk ka dak... haiss.


15 December 2011

hmm

yop.
hari ni aku rasa aneh.
rasa peliiiikkk sangat.

tetiba aku rasa sedih,
macam tak sedap hati pun ada kot (?)
tak penah aku rasa macam tu pelik punya sedih. 
Sebab dia? aku pun tak tau.
dia datang sendiri. tak malu gilaa, bukannya aku jemput pun.

tadi call mak aku. lega. takda benda yang tak diingini terjadi.



hm.. sekarang dah ok la kot.

kot je laaa..





weh, weh, takyah dok sedih sangat laah na. 

mai nak hmbuih (hembus) fuhh fuhh fuhh  okeh dah hilang! 

see! magik kan?

13 December 2011

Salah satu dari list "cuak" #2

yop.

Aku cuak.
Bila aku tak mampu bagi komitmen kat kerja yang aku kena buat.




p.s: apa kena dengan aku ni? benda aneh ni makin menjadi-jadi pulak sekarang. argh. =..=

11 December 2011

introverts | apa benda tu weh?

yop.

ekceli aku da tulis benda ni berkurun beberapa bulan yang lalu. tapi terlupa nak publish.
so aku rasa mcm nak post. dan inilah dia.

Aku dah google. 
DAN ,aku rasa macam nak semua orang tau pasal introvert-extrovert thingy nih.
Sebab aku rasa macam rakyat malaysia ni ramai yang tak amik tahu pasal benda-benda psychology yang mcm ni. berapa kali nak rasa la oiiii?
Kalau bab lahir bulan/hari sekian sekian perangai sekian sekian or
favourite colour sekian sekian perangai sekian sekian mau pulak depa nak amik tau. *terasa



Ada tak antara kawan anda yang agak pendiam? Dia takkan tegur kau kalau kau tak tegur dia dulu.
Ada tak yang lebih suka spend masa di rumah dari keluar merenderk dengan member-member ramai-ramai?
Ada yang sanggup dengar kau meroyan sampai berjam-jam sebab putus cinta namun masih memberi respond yang baik.
Ada yang jarang bercakap, tapi sekali dia bukak mulut, ayat power rangers tahap kaw kaw yang kau terima dari dia.
Ada pulak yang suka bercakap, kalau ditulis dan dikumpul semua ayat yang dia cakap tu dalam kertas lukisan mungkin boleh jadi tebal sekaki dalam sehari.


okey, sebenarnya ada antara mereka yang pemalu, introvert atau mungkin extrovert.



Mula-mula, aku nak clearkan dulu pasal konsepnya.
Introvert dan pemalu adalah dua benda yang berbeza dan mereka tidak sama. aku guna 'mereka' untuk adjektif?what da??


Cik Kemboja boleh jadi introvert tapi tidak pemalu. haih! bukan tak malu yang p buat gegeh kat orang tuu..
Kak Minah pulak mungkin hanya pemalu. Dengan ahli mesyuarat tingkapnya, dia boleh jadi ekstrovert pulak.
Cik Milah mungkin introvert dan pemalu. Dengan bestfrend n family dia ja yang dia selalu bercakap.
Cik Joyah mungkin extrovert tapi pemalu. ya la, dengan abang Mail haruslah bermalu-malu kucing kann... baru ler manja gittuw.. *muntah hijau. 




Pemalu
lebih kepada sikap banyak berdiam diri di awal perkenalan, bila berada di tempat dan suasana baru.  Bila dah kenal dengan seseorang tu dengan lebih rapat, dan dia dah rasa selesa, selalunya dia dah tak kekok lagi nak bergaul dengan orang tu.



Introverts
pulak lebih suka spend masa sorang-sorang. walaupun bunyi macam boring, they enjoyed it much. Takyah nak panggil diorang ni forever alone sangat lah na. They feel energized by being alone or being in a small group of friends. Mereka cepat berasa lesu bila buat any outdoor activity walaupun activity tu sangat best. Kualiti lebih penting berbanding kuantiti dalam friendship, tu pendapat diorang. They think before thay act or talk. Selalunya diorang macam nampak tenang ja. Spesies muka cool ja manjang.  Lagi satu, most introverts are good listeners yaaa.



note : Pemalu dan introverts selalu dianggap sebagai sama padahal dua benda ni tak sama pun sebenarnya! seroiusly, tak, sama. aku da pernah tulis di sini. tapi its okey, info nak ulang2 takpa.heheh.. macam takda modal nak taip apa jaa me'ah ni..


Extroverts
pulak, macam namanya lah, kontra kepada introvert. They love to get to know new people. Mereka boring bila duduk sorang-sorang. Most extroverts thinks best when they're talking. Some of them thinks after they act or talk. Memandangkan mereka agak pandai berborak dan menghidupkan suasana, mereka kelihatan lebih pakar dalam bersosial.





Macam ni lah, introvert tu macam bateri lithium handphone kita laa, bila dia dah penat dan boring dengan crowd dan open air, dia perlu rehat kejap secara bersendirian atau mengushar pemandangan semulajadi untuk recharge tenaga dia. Extrovert pulak macam panel tenaga solar, bila dengan crowd, dia rasa energized dan selesa untuk bersosial. Bila dia sorang-sorang, energy dia turun lalu dia rasa boring.




Introverts bukannya tak normal, diorang normal ja. Cuma cara otak golongan introverts ni berfungsi lain dari extroverts. Jadi tak payah lah nak layan diorang macam makhluk asing dari galaksi Andromeda . Awat? depa takda hidung kaaa...?


Okey, ni antara misconceptions atau salah tanggapan terhadap golongan introverts yang aku rasa harus dinyahkan. Seriously,  these are anoyying ahh...
  • Party poopers. hemoih betoi la ayat dia kan.
    Disebabkan diorang susah nak bercakap hal remeh-temeh macam "hey, tudung baru kerr?", sesenang ja orang nak cakap mereka ni selalu spoil gatherings la, apa semua. ye la, macam selalu ja dok jadi tunggul kat situ kann.. Eh, dari nak mengumpat Cik kiah tu baik kau diam lah Senah..
  • Tak mesra 'alam'
    Alam sosial yang aku maksudkan. Mungkin diorang macam susah nak mulakan perbualan. Tapi kalau nak cakap pasal alam sekitar, introverts ni no hal ja.
  • Skema/Nerds
    Kenapa dengan skema? Ada masalah ka? smart ja aku tengok. They are peacelovers okay. oh tetiba.
  • Kurang social skill
     Hello~ bukannya introverts ni tak reti bersosial, diorang cuma rasa awkward nak memulakan ja.  Most introvert child dah boleh handle benda ni bila dia dah dewasa. Salah satu cara adalah dengan bersosial, and tell me please, macam mana nak develop skills kalau tak kasi diorang chance tu?
  • Takkan bercakap
    Ni kalau kau ushar dari jauh lah. Ko memang, dasar jenis suka buat impression bukan-bukan kann...  Cuba tetiba kau pegi buat ramah dengan dia. Takkan la dia nak buat derk jugak kot...
    Lagi satu, diorang lebih suka bercakap pasal benda yang diorang kisah, pasal benda yang diorang minat. Pasal apa? Tu pandai-pandai kau la nak korek. Apa kata, mula dengan muzik . Kan itu bahasa dunia. cewahh..
  • Tak suka orang lain
    Kau boleh baca hati dia eh? Ke kau buat telepati? Ke kau main agak je? Ada penah dia bagitau kat kau ke dia tak suka kat kau? Jangan main agak ja impression orang kat kau. Introverts mostly will try to hide their feelings as much as possible... Thats why la diorang nampak cool ja sokmo...
  • Kera sumbang/ Umang-umang
    Sebab diorang suka lepak sorang-sorang, kau kata dia kera sumbang. kalau dia kera, kau pun kera lah. Kan korang sama spesies jugak = homo sapien.
  • Pemalu
    Kadang-kadang memang susah nak bezakan sama ada seseorang tu pemalu atau introvert kalau kita tak kenal dia betul-betul. Get to know them first, then you'll know.
Setiap benda ada kekurangan dan kelebihan. Introvert people also not excluded. Ada banyak quality yang ada kat diorang ni yang kita tak sedar. Setiap benda yang Allah cipta tu ada fungsi dia. ada faedah dia. Kita ja yang tak nampak. Jadi, nampak-nampakkan na.


  • Mampu bekerja dengan baik bersama orang lain.
    Introvert ni tak banyak songeh. Senang nak cooperate. Selagi dia mahu buat sesuatu benda tu, dia akan buat dengan jayanya. Kalau kerja tu benda yang dia minat, hasilnya akan jadi lagi hebat!
  • Maintain long term friendships
    They appreciates every single friend they have. Jangan terkejut kalau dia boleh namakan classmates dia  masa darjah satu dulu sorang demi sorang. but still, they are cool species. They rarely express their feelings though.
  • Flexible
    Again, diorang nih tak banyak songeh. They can cope with changes in circumstances and think about problems and tasks in creative ways.
  • Independent
    Diorang takkan terpengaruh atau dipengaruh oleh orang lain dalam hal-hal melibatkan pendapat. mereka lebih senang bergerak sendirian atau dalam kumpulan kecil.  Mereka berdiri di atas kaki sendiri.
  • Mampu fokus dengan baik.
    Jangan heran sangat laa kalau manusia ni boleh buat satu-satu benda tu 4 jam straight non-stop. Lagi, bila diorang jadi macam fokus sangat-sangat, kau jerit panggil nama dia 3-4 kali pun belum tentu dia dengar. Dak, dia tak pekak, dia cuma terlampau fokus. 
  • Self reflective
    Diorang tend untuk muhasabah diri jugak dan kadang-kadang pikir pasal apa yang diorang nak dan tujuan diorang hidup sekarang. Plus, selepas sesuatu situasi, they tends to think about  what they've done.
  • Responsible
    Most of the times, you can count on them.seriously. For them, commitment must be accomplished.


peratusan introvert dan extrovert dalam diri masing-masing bagi setiap orang tak semestinya sama. Ada yang 60% introvert, 40% extrovert dalam diri dia.. ada yang sama rata. Ada yang terlampau introvert, ada yang extrovert melampau. Macam-macam la kan.. 


jadi, sila treat para introverts macam biasa okey.
kalau rasa macam anda tu introvert, sila lah try untuk jadi lebih ekstrovert.

i mean we should try to improve ourselves rite? 


hang pun tak suka kan, kalau orang layan hang macam hang tu spesies alien?


"There is nothing wrong with being an introvert. It does not need to be cured. It simply needs to be understood and accepted. "


They might be a little bit different, but that's the beauty of world!


Kalau semua orang sama ja sama boring lah dunia ni kan.


ada fakta salah? sila betulkan saya okeh.
nak lebih info? sila google dan lepak library. haha.

p.s: font helvetica pun not bad jugak kan? hohohohh

p.p.s: nahaiii.. gila panjang.

05 December 2011

Tajuk? ni la tajuk dia.

yop.



hari ni kelas cancel. so agak heaven la jugak .

Malang sekali, tengah hari esok aku ada quiz teknik Matematik. so heaven tu dah tak berapa nak nikmat sangat laa.. [apa hang nak cakap ni weh?]
Punyala semangat p library pinjam buku calculus. Tebal - 4 cm. Berat - Adala dalam 2 setengah kilo.ahhaha..
tinggal nak bukak dan study ja.

tu pun aku malas. ni baru semester satu. [tetiba aku rasa bersyukur semester depan aku takyah study maths dah. haha]
berblog rajin pulak eh?

Entah semangat apa yang sampuk aku, petang tadi aku dok buang tebiat.
Dah berbulan aku tak melawat blog orang. busy lah kunun...
Tetiba pulak aku pi dok buat blog marathon. Apa? marathon? 


awat? marathon la.
mai nak cerita.
blogwalking - aku lepak kat entry yang tajuk dia macam menarik hati untuk baca. 
blogjogging - aku bantai visit semua yg ada kat feed.
blog marathon - ekstreme sket. dengan past2 entry blogger2 tuh pun aku baca. err...takat baca je la, kudrat tangan aku ni malas nak komen banyak2. 

hahaha. sukati aku ja buat definition kan. 

ok aku dah lupa tujuan aku tulis post ni. 

haa.. da ingat. 

aku nak upload picsss. 
yes. gambaq. gambar.
aku tau, memang payah tengok aku selalu upload foto muka aku dalam post n entry aku.
Kebanyakannya more on quotes and pics yang memang takkan ada muka aku.
aku sedaq aku tak lawa. gilaaa... ayat pasrah semacam ja....

oh, lagi,  janganlaaa ada manusia yang nak download ka apa ka sudah laaa.. aku cuak la dengaq macam-macam cerita pasai gambaq ni. dok buat super impose la bagai.. sampaikan menjatuhkan maruah perempuan. Dah ada ilmu mengedit gambaq tu, buat la cara leklok. Ni dak, dok buat macam2 yang mengarut. Depa takda kesedaran kot noo? Lagi satu, depa tak rasa marah ka kalau orang buat macam tu jugak kat mak atau adik depa?
Haa tengok kan aku dah bebel tak pasal-pasal.


kan aku dah tak jadi nak upload.



*eh, tetiba mesej masuk.

[aku tulis versi panjang eh, shortform melampau hanya dibenarkan dalam phone.]
Izzah :
" Yana..kitorang tak mau pi kelas academic communication esok. ang nak p ke nak join kitorang?"

konon nak ready untuk quiz math esok la tuhhh..
dengan senyum melebar sampai telinga.
aku reply:
"Ofcos la nak join. Hehehhh..."


"Okeh. tak payah datang esok tau."

"Orait. roger and out."

senyum aku masih melekat kat muka. hahahahahahahhhhh.




p.s: kalau nak buat jahat tu senang ja kan...?



04 December 2011

salah satu dari list "cuak"

"perkara yang aku takuti berlaku pada umat ini ialah munculnya orang ALIM pada LISAN tetapi JAHIL pada HATI "-
Umar Al-Khattab r.a-

moga kita dijauhkan...

seriously.

penegasan

________________________________________________________


yop!
aku cuma nak menaip.

walaupun kadangkalanya merapu,
aku sorang ja yang faham,
aku cuma nak bagitahu,
menulis di sini buat aku rasa lega,
rasa selesa,
jadi, kalau nak baca silakan.
takmau baca?
fikirlah kenapa anda menekan link yang telah membawa anda ke sini.
heheheh ^_^
________________________________________________________