"I know I have a fickle heart
and a bitterness
and a wandering eye
and a heaviness
in my head"
-Adele



p.s: sekarang mood nak update post berkualiti dan blogwalking aku sangat negative. Maap.

26 January 2012

Ambulan dan Kopi


yop.

aku berjaya mencapai salah satu dari senarai panjang wishlist benda yang aku nak buat semalam.
iaitu - naik ambulans dan masuk ER.

haha. diagnosis aku kepada adik aku yang sakit perut sejak 2 hari lepas tersangkal.
Ku ingatkan gastrik, rupanya appendiks.
Aku taktau kenapa aku dan nurse tersebut boleh plak dok lepak2 dalam ER siap hampir gelak bila tengok adik aku yang seksa menahan sakit tu kena check dengan doktor. Mungkin kami gelak kerana doktor-doktor di situ comel, hensem dan smart. haha. ok aku tau sangat tak patut.

By the way, ada kanak-kanak sebelah adik aku, kena appendiks jugak. adik aku nak masuk 19 tahun baru nak kena, budak tu 7-8 tahun dah kena. macam lawak pulak.

dia dah kena operate pukul 4 pagi tadi. Alhamdulillah berjaya. sekarang dia lepak wad jaa..:)
Aku sampai rumah. mak aku pulak p tunggu dia sekarang.

***



Baru nak bukak tv.
Eh eh seronok nyaaaa! tokwan aku mai rumah aku. hikhik.
Oh seronok sangat sangat! terbantut agenda nak meng-ularsawa wehh. [Last night aku tak cukup tidoq okess.]

and the only female left in the house is me! cool.

dengan awesome-nya. ayah pulak order air macam aku ni taukeh kedai makan. "Kak p buat kopi kat wan nuh.. kopi O "

aku macam haa? 0_o
dalam banyak-banyak ayaq dalam dunia... KOPI jugak la kann..

milo belambak, teh ada. sirap ada, oren sunquick ada, sarsi pun ada,... daaaaakkk depa takmau.. nak kopi jugak...takpa kita bagi piiiii. *nada utagha sejati. haha

yaa, tu minuman orang-orang tua. aku paham. aku pahammm.

err..Ini sudah gawat. Weh aku tak ingat ratio kopi dan gula weii. Yang aku ingat kena letak gula lagi banyak dari serbuk kopi. adoi la.

Dengan kepala otak blurr, aku main hentam buat ja weh. masalah aku makin gawat bila aku pun tak sure rasa kopi O sebenar macam mana. Dah lama gilaaaaa aku tak minum kopi. Its not even my favourite drink meh..

Letak dulang, tuang. Letak depan tokwan. Letak pinggan rempeyek yang mak aku beli buat stok. blah. bukak laptop. masuk blogger. taip menatang tak penting ni.


ok. tokwan dah balik. ayah tak complain.


its VICTORYYYYY bebehh!!!






"Lehhh, apa la sangat takat buat ayaq kopi tu. orang lain dah buat macam-macam tak kecoh pun."





p.s: argh. bodonya aku. makin tinggi belajaq, makin bodo ja rasa.

2 tukang komen.:

El said...

lain kali buat kopi siap2. aku pon nak jugak. haha

liyanalalala said...

ha, nak kopi jenis apa?
sila sila.. mai order mai...
bleh buat bisnes ni. =..=

penegasan

________________________________________________________


yop!
aku cuma nak menaip.

walaupun kadangkalanya merapu,
aku sorang ja yang faham,
aku cuma nak bagitahu,
menulis di sini buat aku rasa lega,
rasa selesa,
jadi, kalau nak baca silakan.
takmau baca?
fikirlah kenapa anda menekan link yang telah membawa anda ke sini.
heheheh ^_^
________________________________________________________