Dulu, kes Anonymous tak puas hati dengan kerajaan Malaysia, sampai hack websites kerajaan gara-gara kerajaan Malaysia block 10 website filesharing untuk mengurangkan cetak rompak.
Sekarang internet tengah kecoh pasal isu SOPA. [Stop Online Piracy Act] dan PIPA [PROTECT IP Act or Preventing Real Online Threats to Economic Creativity and Theft of Intellectual Property Act of 2011]
pebenda SOPA tu? PIPA tu menatang apa? Paip ka? minah ni eja silap ka apa?
sila gunakan perkhidmatan google. Haisss, macam mana nak jadi rakyat proaktif ni kalau asyik nak kena suap-suap ni? ish ishh..
ok la, mood aku baik. aku bagi sikit, bukak page ni. and btw, illustration dia cantik. haha
Tengok, isu cetak rompak lagi.
Ha! Bila wikipedia black out, barulah ramai nak sedar dan bukak mata pasal benda ni. Tak kurang juga yang mengamalkan "lantak pi kat dia laa". Apapun itu hak masing-masing.
[by the way, kalau nak access page wikipedia tu jugak, tekan "ESC" kat penjuru keyboard atau tekan stop load page tu sebelum page dia habis loading. Dengan izin Allah, blackout page tu tak sempat nak load.hee]
oh wiki takda 24 jam ja pun kot, apadahal.
hadirin sekalian, kalau SOPA dan PIPA diluluskan, wikipedia pun belum tentu hidup tahu! Sebab akta-akta ini ada kuasa untuk menyekat dan menyaman website yang ada kandungan cetak rompak. Kan kat wikipedia tu ada macam-macam kandungan. Dah la wikipedia tu free, kalau kena saman tak ke semput developer dia nak membayaq saman tuh? silap-silap wiki black out teruss sampai ke sudah. Youtube pulak? lagi sedih ada lahhh...agak-agak la kan, berapa banyak dah video yang kena delete sebelum-sebelum ni? boleh jadi facebook, blogger pun tereffect sebab benda ni. If these laws are being implemented, i could only do my double facepalm y'alls.
Kalau SOPA diluluskan, makanya producer movie/lagu bertambah-tambah kaya maulana lahh...
Tapi kan, aku tak nampak rasionalnya nak laksanakan undang-undang ni. Selama ni pun barisan producers dok dapat untung jugak. Takda la pulak mereka tiba-tiba jatuh bankrupt sebab filem yang dibuat tak laku kan.
Kalau law ni diluluskan, aku rasa macam aku pun nak join Occupy Wall Street. Pergh, macam mampu ja nak pi sana kan. Ok, fine. Mungkin lebih logik kalau aku pi Bukit Kewangan ja, lebih dekat. Ha, sapa nak join aku? LOL just kidding. But seriously, come on la, tak ke the 1% of the population are made up of those rich-gluttonous people yang asyik dok sedut duit orang-orang yang tak berapa hadoo macam aku ni?
Bayangkan bila tak boleh nak dengar lagu yang ada hakcipta terpelihara di Youtube secara free lagi. Gila lah, nak internet kena bayar, lepas tu nak tengok video pun kena bayar lagi. Kalau band indie mungkin lah free. Cukuplah seksaan yang aku terima bila suara-suara singers di-highpitch untuk elak copyright thingy nih di youtube. Lagi satu, apa rasa hati kalau anda buat video slideshow gambar-gambar kenangan anda di sekolah dan video tersebut tak boleh guna lagu latar dari mana-mana artis yang ada registered copyright material. Tak ke rasa macam nak baling kasut?
Tu tak masuk lagi kalau nak download movies dan games. kan?
Bila aku sebut para artis si sini, aku tidak hanya maksudkan artis macam Adele, John Mayer atau Taylor Swift dan Katy Perry je, even Maher Zain, Sami Yusuf pun tak terkecuali okey. Kalau benda tu dah didaftarkan sebagai hakcipta terpelihara, tak payah dok banyak bunyi, sila sedia $$$ banyak-banyak dan bayaq laa..
“These bills were written by the content industry without any input from the technology industry. And they are trying to fast track them through congress and into law without any negotiation with the technology industry.”
- Fred Wilson [Union Square Ventures]
Aku tak kenal pun dia ni, tapi ayat dia memang buat aku touching lah.
but the bright side here, ehehh..
berkuranglah aktiviti melagha anak-anak muda zaman sekarang. kan?
kan?
err, selain tu ada lagi tak kebaikan SOPA|PIPA ni kepada kita?
herh. kalau nak enjoy tu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ye dak?
biasalah, hiburan, kalau boleh dapat free, haruslah dapat free kan?
Ehem. kenapa isi post ni macam looking for the dark side of SOPA & PIPA je nih? ah biarkan.
apapun, setakat post ni diupdate, SOPA dan PIPA masih belum terlaksana. legaa la sat.haha
Tapi kan, cuba pikiaq sat, apa akan jadi kalau internet tiba-tiba tak ada untuk selama-lamanya? Tak ke cacat nak buat kerja? terkial-kial pulak nak pi belek buku kan?
Macam mana pulak dengan negara-negara yang bergolak macam Palestin dan Iraq nuu? Kita ni, internet nak kena cencored dah kecoh sekampung. Depa yang huru-hara dok bertarung nyawa cool je. Tak rasa malu ka? Aku rasa malu weh. huhuhhh
Makin lama, generasi kita ni makin manja kan?
p.s:
aku salah, tolong betulkan.
aku lalai, tolong ingatkan.
1 tukang komen.:
thanks foe the information. !
Post a Comment