Satu lagi, janganlah anda berasa aneh dengan gaya bahasa saya pada post kali ini.
__________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.
Untuk pengetahuan saudari/a, saya baru sahaja memuat turun MMORPG[Massively multiplayer online role-playing game] daripada internet.
Tajuk permainan online tersebut adalah Grand Fantasia.
Permainan ini bertemakan ala anime. Setiap pemain perlu mempunyai akaun sendiri dan membina karakter yang disukai untuk menjadi watak dalam perjalanan permainan ini. Secara peribadi saya agak tertarik dengan kecomelan latarbelakang permainan ini. Ditambah pula saya juga pernah bermain permainan yang lebih kurang sama ciri serta jenis permainan sebagai MMORPG seperti permainan ini iaitu Runescape.
Bukan senang untuk memuat turun permainan ini. Kesabaran yang tinggi sangat diperlukan kerana fail permainan ini bersaiz agak besar iaitu lebih kurang 1 gigabait keseluruhannya, tidak seperti Runescape yang tidak perlu sebarang muat turun fail sebelum bermain.
![]() |
| ini adalah antara gambaran permainan ini. |
Apabila perkara tersebut terjadi, tanpa melengahkan masa, ibu bapa saya terus menyuruh saya membuang game tersebut dari komputer riba ini. Mungkin mereka melihat permainan ini sebagai sesuatu yang telah membuang masa anak-anak mereka dengan tidak berfaedah. Walaupun begitu, saya masih berasa berat hati untuk membuangnya. Maklumlah, masa yang dihabiskan untuk memuat turun permainan ini bukanlah sekejap.
Saya rasa sangat berbelah bahagi. Apa yang patut saya buat? Patutkah saya membuangnya begitu saja? Saya buntu.. Bantulah saya.
yang benar,
Remaja Keliru.


0 tukang komen.:
Post a Comment